Wednesday, October 12, 2011

3rd Anniversary




Gmbr diatas adalh pada 3 thn yg lps...

Alhamdulillah, 10/10/11 genap 3 thn prkahwinan kami. Spnjg 3 tahun ni, dh ada 2 org anak pon..
Ms 1st anniversary, dpt hadiah 'Muhammad Fahri'
Ms 2nd anniversary, 'Faris Zahy' 7bln lbh dlm perut..
Cuma ms 3rd anniversary ni je mmg xde 'hadiah' yang seumpama itu... Hehehe.. Biarlah diorg bsr skt dulu br nk pikir tmbh family. Sian tgk dua2 kck lg dn dua2 nk prhatian..
Apa2 pon, aku sgt brsyukur mempunyai seorg suami yg aku anggap sbg soulmate, boyfriend, bestfriend dn 2 org anak sbg pengikat kasih kami berdua.. Semoga hubungan yg dibina ini berkekalan ke akhir hayat...
- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 30, 2011

September

14 September
Pemergian insan tersayang iaitu arwah abah.. Smpai skrg aku msh cuba menerima hakikat bhwa arwah abah tlh meninggalkn kami sekeluarga. Pergi yg tdk akan kembali lagi. Rindu yg xmgkn trubat... Semoga arwah abah tenang di sana..Al-fatihah

18 September
Ulang tahun kelahiran mak. Tahun ni umur mak 57 tahun. Muda 2 tahun dr arwah abah. Doa akak kt mak supaya mak sentiasa tabah mghadapi dugaan yg sgt berat ni. Tringt kata2 mak ms arwah abah meninggal, "mak dh xada kwn..." Sdh sgt bila dgr mak ckp mcm tu...

20 September
20/09/2002 merupakan tarikh rasminya brmula prcintaan aku dn incek suami. Kiranya tahun ini merupakn tahun yg ke-9. Aku mmg lupa sgt tarikh tu tahun ni apatah lg br masuk keje lps blk dr kampung. Yg buat aku trsedar bila incek suami post kt fb "9 tahun dh ye.. Macam baru je. Saya cinta awak banyak sangat". Tq incek suami sbb xpnh lupa tarikh2 pntg wlupon puan isteri hmpir trlupa;)

23 September
Hari lahir kak ipaq aku iaitu mama kpd Damia n Qiesya;) Klu Fahri lahir awal skt blh celebrate brthday sama2 :)

24 September
Birthday Muhammad Fahri. Xsangka dh 2 tahun dh anak mama ni. Kdg2 mcm xpcaya dh bsr dh dia (dh ada adik dh pon). Semoga Fahri membesar jd anak yg soleh ye. Tringt ms lahirkn Fahri, arwah abah dn mak pon ada kt hospital nk smbut cucu;)

29 September
Hr lahir aku yg ke-29 tahun ni. As usual, incek suami tk ada disisi ms brthday aku. Tp yg pntg ingatan beliau..

Bykkn prstiwa 'hari ini dlm sejarah' bg aku bln 9 ni....


- Posted using BlogPress from my iPhone






Wednesday, September 21, 2011

Pergi Tak Kembali

Rabbani _ Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Saat ini, terkenangkan arwah abah yang meninggalkan kami semua tanggal 14/09/11. Al-Fatihah..

Alhamdulillah, berkesempatan menatap arwah abah sblm dikebumikan.

Semuanya berlaku terlalu pantas.. Arwah abah meninggal disisi org yg paling disayangi iaitu mak.. Mak menyaksikan sendiri pemergian Arwah yang aku kira berdasarkan penceritaan mak adalah sgt mudah cara arwah abah menghadap Ilahi.. Alhamdulillah...
Kami sekeluarga redha dgn pemergian Arwah abah dan sentiasa mendoakan arwah abah ditempatkan di kalangan orang yang beriman..

Wednesday, September 7, 2011

Raya, raya & raya lg...

Gmbr2 di hr raya.. (ltk gmbr je sbb mls nk tulis pnjg2)























- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, August 6, 2011

I am happy

Tajuk di atas disebabkn oleh byk perkara sbnrnya iaitu:
1) Incek suami dh blk ke pngkuan kami sekeluarga stlh 2 bln mncari rezeki di negara org.. Lama tuuu... Anak2 pon pelik juga bila mula2 jumpa papa diorg. Fahri mula2 xnk (utk pngtahuan, Fahri ni susah skt dgn org lain). Yg adik pon lama dok tenung papa. Tp sbb adik ni jenis mesra alam xde mslh la.. Rs ringan skt beban di bahu ( bkn mksud anak2 membebankn ye), sbb incek suami blh tlg jagakn anak2 sama2. Klu incek suami gi keje, sorg2 aku uruskan anak. Bkn senang sbnrnya sbb dua2 msh kcl dn nk prhatian..
2) Abah alhamdulillah smakin sht. Abah blom kuar hosptl lg ms aku nk blk sabah hr tu. Tp the next day nya dh kuar. Tp dh xblh buat keje2 yg berat sbb abah cpt penat skrg. Kereta pon abah dh xdrive, takut tiba2 pnt tgh drive jd mak yg bwk. Gi smyg jumaat pon mak antarkn. Kesian sbnrnya bila dipikirrkn mak abah tggl berdua je. Ajak tggl skali dgn anak2 mak abah xnk. Tp xpe, 12/8 ni Iwan dh abis prktikal trus cuti smpai lps ry sblm masuk U blk. Jd dia blh tgk2 kn mak abah..
3) Sbb utama aku plng happy adalah disbbkn gmbr yg dibwh ini.. Hihihi



Incek suami tlh mghadiahkn aku dgn gmbr di atas. Incek suami beli di KLIA ms transit dr Dubai-KL sblm naik flght ke KK.. Tq so much En Herman, sy sgt suka.. Incek suami sbnrnya risau aku xsuka dgn pilihan dia, sbb trhad pilihan di KLIA tu. Tp yg pasti aku like1000x dgn hafiah trsebut.

Sblm mengakhiri post ni, lyn la gmbr anak2 aku ms di airport tggu incek suami smpai.








- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 12, 2011

Rindu




Oleh kerana gmbr yg trpapar di atas adalah gmbr aku dn Fahri, dn tajuk plk rindu. Mestilah rindu pd Fahri.

Klu yg xtau apa cer, sbnrnya Fahri ditingglkn di kg hlmn aku ms aku blk kenduri kawen adik aku hr tu. Mak abah xbg aku bwk blk Fahri sbb takut aku xdpt nk kawal dia dlm prjlnan nk blk KK. Ms kami bertiga blk kg hr mmg agak mncbr bwk anak2 yg dua2 bwh 2 tahun seorg diri..yelah, bdk2 tgh mmbsr mmg aktif.
Fahri akan blk KK dgn mak abah aku next week 20/07. Aku blh nk tggl pon sbb mak abah akan dtg KK jgk tu yg blh tgglkn Fahri.

Rindu sgt2 dgn Fahri. Byk benda aku trlps sbnrnya. Yelah, dh pndai ckp msti byk prkataan br dia bljr.

Xsbr nk tggu next week..stp hr dok ulang tgk gmbr Fahri dlm henpon je













- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 21, 2011

Balik kampung

08/06/11, aku & anak2 tlh pulang ke kg halamanku di SP kedah. Kami blk 3 beranak je sbb en somi xdpt nk join kami kerana pergi mencari rezeki utk isteri dan anak2 beliau nun jauh di negara timur tgh sana tu.. Plan asal mmg kami akan blk 4 beranak tp nk buat mcm mana dh tuntutan kerja.
Kami blk naik MAS. Oleh kerana MAS xde direct flight dr KK-Penang, maka trpksalh trnsit di KL. So prjlnan yg penuh cabaran sbb kedua2 anak ku blom pon 2 tahun. Ikut law mmg xblh pon 1 adult bwk 2 infants tp aku ni special case.. Hehehe. So layan jelah gmbr gelagat anak2 kesayangan ku ini...









Lupa plk nk bgtau, tujuan aku dgn susah payah 3 beranak blk hr tu disbbkn oleh prkahwinan adik aku merangkap makcik kpd anak2 aku.



Cukuplah ye, mls nk taip pnjg2 plk;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 25, 2011

Home Sweet Home

Kali ni nk citer plak rumah pertama yg kitorg ada. Rumah ni en somi yg beli. Sbb kitorg beli rumah ni ialah en somi nk parking berbumbung utk kete kesayangan dia tu. Ms dok kuarters, parking xberbumbung. Jd dia xnk kete tu berjemur, tu yg kitorg cr rumah.

Rumah ni jenis apartment, 3 bilik dn 2 bilik air. Kecik je sbnrnya. Tp cukuplah utk kami 4 beranak ;) tp hrga blh thn oooo. Biasalah KK. Semua mhl. Klu hrga mcm ni blh dpt rumah 2 tgkt dh kt Sg. Petani.. Kitorg start duduk last year bln 9/2010. Tanpa byk ckp, layan gmbr umah ( semua gmbr ni ms umah tgh renovate)






































Lps ni nk beli umah yg atas tanah plak bila kitorg pindah balik semenanjung nnt ;)

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, May 23, 2011

Faris Zahy Part 2

Ini adalah smbungn dr entri sblmnya.. Hehehe.. (so kena bc previous entry ye)..
Kndungn 5 bln dh blh scan jantina baby.. Sblm scan doc ckp, klu boy lg xpe, tahun dpn blh cuba lg.. Aku sepantas kilat menjwb, oooo xla dokter, sy nk rht jap dulu. Boy ke girl ke, sy mmg nk rht jap. Hehehe.
So perut aku discan. Ltk je alat tu kt perut aku, doc tu terus ckp 200% boy.. Mmg yakin boleh btul doc tu.hahaha. Wlupon anak dh dua, dn dua2 boy, aku smpai skrg xreti nk tgk kt mana la yg nmpk kata boy tu. Pnt doc tu ngn nurse dia dok tunjuk kt aku, tp mmg aku xreti nk tgk la. So, ikut jelah ckp doc tu. Lgpon, dr Fahri dulu pon dgn dia. Dia siap ckp kt aku, never mind, 3rd n 4th baby nnt msti girl.. Kuikui. Aku bls ckp dia, sy tk kisah pon doc, boy ke girl ke jnji sihat sempurna dh cukup. Lg pon sy nk rht dulu. Doc tu bls plk ckp aku, ntah2 next year dtg lg.. Hahaha. (mentang2 la 2 tahun berturut2 aku dtg)....
So, dh tau jantina baby. Aku ttp excited gk. At least Fahri ada kwn;) Ops lupa plk nk citer. Hasil dr scan tu, due date aku jd lbh kurg 2 mggu lmbt dr ikut kiraan period. Klu ikut period, due 11/11/11 tp ikut scan 27/11/11. Nah, sudah...
Gi klinik kerajaan, nurse dok ckp aku slh bg tarikh period. Amboi aiii, tau la aku bila last period. Dn yg ni pon bkn 1st baby jd aku mmg alert dgn semua2 ni. Tp, xpyh la nk bertekak dgn dorg2 ni. Buang karan ja.
Aku checkup kt kerajaan ngn swasta @ the same time. So, klu prgnant ni mmg kerap aku gi klinik/hospital tmbh2 bila dh masuk 7 bulan. Bila di swasta plk, mmg scan lari 2 mggu gak. Aku tnya doc nape blh jd mcm tu? Mmg kdg2 blh jd mcm tu yg mana prsenyawaan blh lg tjadi wlu pon dh lps dr waktu subur. Yelah, inikan kuasa Allah... Sbb aku sgt alert ngn waktu2 subur ni(kn aku planning base on waktu subur). Aku tnya doc, so kita nk ikut date yg mana? Doc ckp ikut yg scan.
Masuk 7 bln, every 2 weeks gi checkup. Baby skjp melintang skjp menegak mmg sgt aktif. Seingat aku, Fahri xde smpai melintang klu scan ujung2 ni. Smpai nk masuk 9 bln pon ada skali tu melintang. Haisshh, xkn nk kena operate kot. Tp doc kata, baby msh blh pusing lg. Doa je nnt nk bersalin kpala baby kt bwh.
Seminggu nk dkt due, takde tnda2 nk bersalin pon lg. Tp bila gi checkup, doc ckp air dh kurang. So, utk kslmtn baby mmg kena induce. Dr Fahri dulu pon ujung2 prgnant msti air kurang dn kena induce. Ingtkn 2nd baby xyah la induce, tp ttp jgk. Hehehe.
Doc suruh aku check in 24/11 around 11pm camtu. Sblm gi hospital, aku gi mkn dulu ikan bkr. Yelah sbb nk kena pntang dh pasni. Aku sediakn diri fizikal ngn mental sbb ingatan kena induce kembali menerjah. Fuh..
Lps checkin je masuk ubat kt bwh. Ikut planning doc, soknya before afternoon aku dh deliver. Tp esok pg dia dtg jenguk aku, aku dok hepi2 je. Dia tanya xsakit ke, aku ckp xrs apa2 pon. Tp start nk dkt ptg, dh mula rs sakit. Aku ajak en somi turun cafe bwh mkn2, jln2 konon2 nk bg cpt terbuka. Cpt sketlah aku bersalin. Tp rs mmg mcm xblh berdiri lama. Sakit sgt. So balik ke bilik. Jd skrg menunggu je. Aku suruh nurse check dh bape cm, skali br 2 cm. Lmbtnya lg tu.
Smpai tgh mlm sakit la sakit skt. Tp thn la dlm sejam lbh je kot. Aku pnggil nurse suruh induce yg pakai drip. Dia cl doc, doc ckp ok. Sblm tu check dh 5cm. Sikit je lagi tu, lbh kurang 5 jam. Smpai sok pg dlm 8 lbh mcm tu, doc dtg jenguk aku. Yelah, br masuk keje. Dia tnya aku, sakit x. Aku jwb, sakit sgt2 ni. Lmbt betul kali ni. Doc check bukaan aku, tp still 5 cm. Ya, Allah. Dugaan betul. Dr tgh mlm smpai pg 5 cm je. Doc bgtau, 2 mlm dia tido kt umah pon xtenang kot2 aku nk bersalin. Dlm hati aku, aku yg nk bersalin ni lg lah xtenang doktor oii...
Doktor ckp kt aku dh lama sgt aku ni di induce. Dh 2 mlm tp still 5cm. Nk tggu pon xtau smpai bila lg. Doc ckp klu org lain, smlm lg dia dh operate aku. Tp dia bg chance kt aku sbb aku pnh normal sblm ni dn baby pon ok lg. Doc cdgkn operate.. Masa tu aku mmg sakit yg amat sgt dh. Mcm2 ayat dh aku bc. Aku menangis sbnrnya ms tau nk kena operate. Aku tanya en somi apa aku kena buat? Nk tggu lg atau operate. Di ckp terpulang pd aku. Ms tu yg aku ingt nk keluarkan baby scpt mgkn je. Aku pon setuju dgn cdgn doktor smbil menangis2 sign segala bagai surat tu. Doktor, nurse semua trkejut tgk aku nangis.. Aku sdh sgt ms tu sbb aku dh sakit sgt nk bersalin tp xterbuka spenuhnya. Maybe bkn rezeki aku bersalin normal kali ni.
Aku diusung ke bilik bedah dlm masa yg sama skt yg amat sgt nk bersalin. Doktor kata doa mana tau smpai bilik bedah baby nk kuar kt bwh.. Tp xjgk..
Aku yg xpnh dibedah seumur hidup ni, rs pelik jgk la.. Ramainya nurse dlm bilik tu. Doc pon ada 3 rupanya. Masa tu yg aku ingat aku tolak masuk bilik bedah tu nk dkt kul 9. Doktor bius inject ubat bius, rs sakit yg amat sgt td hilang sekelip mata. Lps tu aku nmpk pisau nk belah perut (nmpk dr cermin atas). Yg aku ingat doktor tu ada sbut 'oh shit' ( utk pengetahuan doktor tersebut bkn Islam, klu Islam rsnya dia akan sebut Astaghfirullah). Rupanya kepala baby terlampau bwh sgt dh. Tp Alhamdulillah, anak aku berjaya juga dikeluarkan. Dia angkt je baby tu terus tunjuk kt aku sambil ckp 'same like u' sbb baby aku kecik. Hehehe. Lps pd tu baby tu dibagi ke doktor kanak2 plak. Masa tu rs lega sgt baby dh keluar dn alhamdulillah lahir cukup sifat semuanya.. Skjp je rupanya operate sbb Faris Zahy lahir 9.30am...












Detik2 awal melihat dunia













Sekarang dh nk masuk 6 bln

Aku nk berehat jap dr prgnant blk. Nk besarkn diorg dulu. Takut klu sederet kang ada yg kurang kasih syg plk.. Hehehe. Apa2 pon aku bersyukur sgt dgn rezeki yg Allah berikan aku di dunia ni....

- Posted using BlogPress from my iPhone



Sunday, May 15, 2011

Faris Zahy

Fuh... Lama gilos xupdate blog.. Sbnrnya mls nk taip2 ni. Almaklumlh bodyguard ada 2.. Kita pgng je henpon ni yg si abg pon sibuk nk jgk pegang. Bg henpon lain xnk, nk jgk henpon ni. Bila aksi rebut- merebut mak dgn anak, trpaksalh bg ipod papa.. Yelah, ipod kn lg murah dr iphone.. Hehehe. Ok, fullstop
Sbnrnya nk story psl Faris @ adik. Xde apa nk citer sgt cuma terkenang ms lahirkn dia dulu. Sblm start story, lyn dulu gmbr adik 5 bln stgh..



Sbnrnya, kelahiran adik xdisangka pon. Lps lahirkn Fahri mmg planning lmbt la sket nk prgnt blk. Tp xdelah plk aku mkn ubat perncng ke, alat prncng ke atau yg sewaktu dgnnya. Planning base on waktu subur je.. Hehehe.. Tp tulah, manysia hanya merancang tp Allah yg tentukn. Aku agak aku prgnt sbb dh lewat priod. Ms tu aku kena gi BTN ngn induksi 2 mggu. Ms abis Btn aku buat prgnt test -ve, so aku bajet xde apa2 lh. Bahaya jgk sbb btn kn buat mcm2 xtvt.
Abis btn ngn induksi, blk umah aku buat test sekali lg dn mmg sah +ve. Aku ngn en. somi terima je rezeki ni. Yelah, org lain punya ssh nk dpt anak, jd klu dh mmg rezeki kami nk dpt anak kedua cpt terima je dgn hati yg terbuka.. Cewah...
Alhamdulillah, ms prnt adik, xseteruk Fahri. Tp aku still morning sickness. Muntah2, xlalu mkn mcm biasalh klu dh prgnnt. Smpai 4 bln br ok..
Tp utk pengetahuan, mmg sgt penat ms prnnt adik sbb ms tu Fahri br lbh kurang 5 bln lbh. Bila en somi gi ke laut, fuh mmg agak mencabar sbb nk jaga Fahri sorang2 tmbh plk kena jaga diri sndiri. Semuanya aku lalui dgn penuh sbr dn cekal.. Cewah lg.. Hehehe..
Byk plk aku melalut, next entri aku citer plk detik2 kelahiran adik yg mnyebabkn aku trpaksa dioperate.. So, tungguuuu....



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, April 4, 2011

Perdana Park

Last saturday, lps breakfast kt umah kitorg gi beriadah di Perdana Park. Bwk anak2 jln2. Yelah nnt klu en somi keje, 4 mggu plk bertapa kt umah je diorg tu.. Perdana park ni br je buka.. Tmpt mmg nice. Sgt sesuai utk seisi keluarga;)



Br sampai. Fahri mmg excited klu xtvt outdoor ni




Takut Fahri nk mggelongsor dlm terowong tu..



Klu mlm tasik tu ada lampu



Teman Fahri main jongkang jongket



Dh nk balik

Mmg best gi situ, ingt nk bwk diorg plk waktu mlm. Blh tgk air pncutan warna-warni..;)


-Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 28, 2011

ujung minggu





Gmbr di atas adalah gmbr Faris di Tmn teluk likas, KK.. En somi ada, so anak2 + mama tlh berjaya keluar dr pertapaan..hehehe..
Actually hr sabtu kami dok kt umah je. Aku msk2 buat soto nasi + nk basuh baju + bermls2an jd kami xgi mana2 lh..
Hari ahad lps breakfast ( ns goreng yg dimsk en somi) tanpa di plan, en somi ajak bwk Fahri jln2. Aku ingt nk jln2 dlm kwsn sekitar rumah, rupa2 nya bwk gi tepi pntai. Awal jgk kami keluar dlm kul 7. Yelah sini kn subuh awal, bgun subuh 5.30 trus buat breakfast, siap2 mkn trus kluar...
Smpai sana, rupanya ada yg buat family day. Tadika mana ntah.. Tgk jelah... Bwk anak2 jln2 smbil amik gmbr. Fahri yg sronok skali sbb ada tmpt main kt situ ;)




Fahri nk menuju pntai




Main2

Dlm kul 9 kami blk umah. Bg mandi dn tido bdk2 dulu. Tido jap je dlm 10.30 dh bgun. Kami kuar lg. Gi CP nk cr sandal br kt Fahri. Xsuka sbnrnya nk gi situ sbb xsesuai sgt bwk bdk2. Crowded situ!! Smpai CP trus ke tmpt yg dituju dn akhirnya Fahri dh dpt sandal baru. Tadaaaa...


Sandal br Fahri;)

Lps beli je sandal Fahri, kitorg gerak ke Metrojaya plk. Ingt nk shopping2 tp sorg dok berlari, sorg nk menyusu plk. Lps mkn2 je kitorg trus blk umah. xtvt shopping utk diri sndiri trbntut.. Hehehe

Thursday, March 17, 2011

Mangrove

Last tuesday aku, kak rin, kak siti, taj sn sha mkn2 di Restaurant Le Mangrove. Lama aku tk gi mkn situ. Semstr lps xde gi pon. Dlm poli je pon sbnrnya. Bdk2 hospitaliti msk. Sbnrnya ni utk subjek kitchen diorg. Yelah, diorg mestilah kena bljr msk2 mcm kt hotel tu kan...hrga mkn kt mangrove ni RM10 nett. Cuma klu bufet je RM 15.
Tema utk hr tu mknan France. So apa lg, lps Ecah dtg bwk flyrs dia, aku pon book utk kak rin ngan sha. Taj dn kak siti lwt skt booking.
Aku ngn kak rin turun lwt skt dlm kul 1 sbb aku ada kelas. Kak rin tggu aku. Smpai mangrove, Taj semua dh selesai appetizer. Bila dorg serve je appetizer kt kitorg, aku trus je mkn. Lpr gila sbb lwt dh aku rs klu mkn kul 1. Prut dh mndidih. Xsmpt nk snap gmbr. Appetizer hr tu 'brte en croute'. Ia sbnrnya roti yg ada hotdog di dlm dn digoreng dgn serbuk roti. Sdp la. Tp bsr sgt. Hehehe. Yelah br appetizer kang dh kenyang plk.
Lps tu diorg serve plk sup ' cream of mushroom'. Msh lupa snap gmbr lg. Xtringt sbb pkr nk mkn je tmbh plk dok borak2.
Abis mkn sup br lah main course dia iaitu 'chicken cordon bleu'



Yg ni aku smpt snap.. Hehehe. Ms ni kenyang gila...
Last but not least ialah dessert dia ' chocolate desire' sdp tp sbb kekenyangan gila mkn pon tk abis.



Fuh..mg hr tu aku kenyang smpai mlm. Mlm tk mkn dh ( tp mmg aku xmkn mlm klu en somi takde gi keje, hehehe)..
Mmg berbaloi2 sbnrnya mkn kt mangrove sbb semua tu sepuluh hennget je. Klu kt luar xdpt tu. Hr ni plk tema dia mknan jepun. Tp aku xminat sgt jd xgi lah. Tgk next week mcm mana plak..

Wednesday, March 9, 2011

Umrah

Hari ni mak dan abah ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
masuk ni mak dah 3 kali ke sana, abah plak 2 kali.
Diorg pegi ke sana 1st time ms buat haji. Masa tu aku sekolah rendah
darjah 3. Ingt lagi, masa tu adik aku yg bongsu kecik lagi. Setahun lebih
rasanya...
Sepatutnya mak ngan abah gi umrah ni ms bln 12 hr tu, tp tertunda
sbb ejen tu ckp ada mslh di sana.. Aku usaha xblk pantang kt umah
ingatkn mak ngan abah nk kena gi umrah..Aku berpantang kt umah in-law.
Tp blk jgk semenanjung ms bulan 1. Aku kn amik maternity leave
3 bln.. Skjp ke sana, skjp ke sini.. alih2 dh abis cuti 3 bln..

Buat mak ngan abah, aku doakan selamat semuanya.. Doakan yg bagus2 buat
anak2 dan cucu2 ye..Insyaallah, diorang akan balik 24/03 ni..

Sunday, March 6, 2011

Bertapa

Tajuk ni mcm la aku gi bertapa kt gunung mana2 tuntut ilmu. Xpon sbnrnya...
Aku anak beranak bertapa kt umah je. Dh 3x weeknd kami bertapa kt umah. Xkuar mana2. Yelah, ssh nk usung dua2 tu. Dua2 plk nk kena ltk dlm car seat.. Tp kdg2 mls nk ltk Fahri dlm car seat. Biar dia duduk dpn pastu aku ikat ngn seat belt je;)
Lg satu kali weeknd lps tu en. somi blk. Haishh xsbq rsnya. Pntnya menguruskn anak2 sorg diri. Klu weekdays ok gak la maid ada tp klu weeknd tggllh kami bertiga.. Huhuhu. Dgn Fahri yg sgt aktif, pnjt sofa, pnjt katil, pnjt meja mkn, keluarkn semua brg mainan..mmg kena byk bersabar oooo..
Fahri plk pndai jeles dgn adik dia. Kdg2 dtg angin dia, yg kita tgh riba adik dia, dia suruh ltk adik dia kt bwh. Dia yg nk duduk atas riba. Nk bg susu kt adik pon xblh. Dia mrh.. Mcm2 perangai Fahri ni. Sian Faris. Tp Faris ni agaknya mmg dilahirkn penyabar. Alhamdulillah, stkt ni msh menunjukkn ciri2 penyabar. Semoga terus kekal bersabar ye Farisku syg...
Gmbr kt bwh ni diambil ms weeknd tempoh hr



Faris termeniarap



Fahri seronok tgk Faris meniarap, terus syg Faris

Skrg tgh menghitung hr tggu en somi blk. Duhai ms, cptlh berlalu...

Tuesday, March 1, 2011

Selepas 3 bln

Ms tulis ni Umur Faris dh pon 3 bln lbh. Yelah, aku pon dh masuk keje balik ( lama cuti tu....)

Klu diingtkn blk, ms prgnt Faris x seteruk Fahri ( ingtkn bb girl dh) tp aku still muntah2 jgk la cuma ok skt lar.. Masuk 4 bln dh ok. So bwk la perut ni ke hulu hilir... 5 bln prgnt, pegi scan, Dr ckp 200% bb boy. Aku senyum je. Aku tk kisah, terima je bb girl or boy janji lahir ckp sifat, sihat dn sempurna.
Dr tu Dr yg sama ms aku lahirkn Fahri.. Hehehe. Dh selesa dgn dia.. Dia siap ckp, dun worry, next 3rd n 4th bb nnt msti girl. Aku ckp kt dia, hrp2 lah tp aku plan nk prgnant blk lmbt lg. Tggu Faris dlm 3 thun ke dulu. Aku nk rht jap. Rs xsmpt bdn ok rupa2nya tr'prgnt'. Hehehehe. Rezeki.....
Byk pula aku bebel ntah apa2 ni...;)

Slps 3 bln ni, aku tlh brjaya melepasi waktu2 sukar (next entry la aku citer) waktu lahirkn Faris. Xde sape yg tau apa yg aku alami lps lahirkn Faris dan aku sendiri pon xsangka aku blh alami tu.. Ishh3x...tp alhamdulillah dh blalu semua tu wlupon kdg2 sakit tmpt operate tu terasa la skt2 lg...




Ms buat CTG




Detik2 awal Faris di dunia




Ms injction 3 bln

P/s: klu gmbr2 yg diupload bsr, sbb sy update blog guna henpon. Susah plk nk resize die ke sy yg tk reti. Hehehe

Monday, February 28, 2011

Balik bekerja

Hari ni aku dh start keje balik lps 3 bln matrnity leave.
Fuh, xsmpai hati nk tggalkn anak2. Yelah, selama 3 bln siang mlm dgn diorg.
Utk Fahri: jgn slu pukul adik ye. Sian adik. Xde apa nk dijeleskn dgn adik. Mama ttp syg Fahri jgk



Utk Faris: minumlh pakai botol ye. Mama dh keje. Mana blh melekat dgn mama. Sian anak mama ni, mama xblh sembang dgn dia. Mama blk, mama smbg dgn Faris ye


Welcome 2 d new blogger

Wah..
Aku dh ada blog trsendiri.. xsangka plak ;)
Niat tu mmg lama dh nk buat blog, finally trcapai gk..
Yelah, asyik2 dok bc blog org je kan..
So, utk 1st entry ni tak ade apa nk diceritakn..
Nk explore dulu template cantik2..hehehe